Saturday, 28 July 2012

Sinar ECER 2012

As salam dan selamat sore semua. Selemat menyambut bulan Ramadhan yang mulia ini, penuh barakah dan rahmat daripada-Nya. Hai, hari nie genaplah seminggu selepas saya menyertai satu program, Sinar ECER yang melabuhkan tirai pada 20 Julai yang lalu bagi komponen A. Sebenarnya, program ini terbahagi kepada beberapa komponen, dimana komponen A sebelum puasa menjelang tiba dan komponen lain selepas buka semester yang baru. Program ini juga adalah sambungan dari program tahun lepas dengan misi dan visi baru. Tahun lepas, saya juga menyertai program ini dan itulah program pertama yang saya sertai dalam kelab In-Smartive UMP tapi sehari je la program itu. Seperti tahun lepas, saya juga ke sekolah sama yang saya pergi setahun yang lalu, SK Runchang juga di daerah Pekan, cuma perjalanan untuk ke sana dari bandar Pekan mengambil masa 1 jam 30 minit. Dua hari saya sertai sudah cukup untuk mendapat kenangan-kenangan manis. Jozy, Suraya ; itulah antara pelajar yang membuatkan saya ketawa sahaja. Jom kita sokedeng apa yang kami buat di sana.

Sedang menumpukan perhatian

Memberi arahan dan peraturan

Tak sabar-sabar nak menjawab

Penyelaras sekolah, bermain PSP

Perlawanan 'Battle of Question'

Bas yang berjaya masuk ke sekolah

Sedang menjamu selera

Fokus

Penyelaras program sedang beraktiviti bersama peserta

"Senyum!!!"

Peserta dan fasi

Mencari kesesuaian pemandangan

Para fasilitator Sinar ECER 2012

Di samping saya mengetahui 2 lagu baru 'refresment', saya juga berpeluang melihatnya sendiri gaya-gaya tersebut. Sungguh indahnya masa itu. Dan, sebaik sahaja pulang, kami bersiap-siap untuk solat terawih dan selesai sahaja, kami pula menjamu durian yang sanagt sedap walaupun bersaiz kecil.

Yeah!!

Ini durian taw

Badruzzaman

Fareed

Mn Zakwan

Hafiz

Ahmad Muzaidi

Kopek durian pakai pisau kecil

Sambil tengok bola, Kelantan vs QPR

Wow, sedapnya!

Nak rasa ke?

Memang sedaplah, aku tak tipu
Begitulah hari-hari sebelum menyambut bulan yang penuh barakah ini, Ramadhan. Semoga kalian semua dapat berpuasa penuh lagi tahun ini bagi yang Muslim. Selamat sejahtera dan jumpe lagi.

No comments:

Post a Comment