Thursday 19 July 2012

ECER la plak...

Salam hormat dan sejahtera buat anda semua. Minggu nie trasa nak kongsi cerita tentang program minggu nie bersama kelab yg tak asing lagi kpd saya, Kelab In-Smartive UMP.

Majlis Pelancaran Empower ECER Mahkota Kuala Pahang 2012. Saya telah bergerak pulang ke kampus dari rumah kediaman di Perak Darul Ridzuan kerana teringin menghadiri majlis tapi apa yang menyebabkan saya beria-ia nak sanagt datang ke majlis nie. Sebab nye, majlis nie dirasmikan oleh KDYMM Tengku Mahkota Pahang yang juga merupakan Canselor UMP sendiri, Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah dan saya sendiri belum melihat beliau dari jarak yang agak dekat. Majlis ini telah berlangsung di UMP Kampus Pekan di Kuala Pahang. Untuk pengetahuan, program ini juga adalah ilham dari Tengku Mahkota sendiri supaya dilakukan di Kuala Pahang. Sebanyak tiga buah sekolah yang terlibat, SK Indera Shahbandar, SK Serandu dan SMK Indera Shahbandar. Sorotan majlis ini berlangsung...

Keberangkatan KDYMM Tengku Mahkota Pahang ke majlis

Sedang menunggu giliran

KDYMM Tengku Mahkota Pahang

Antara fasilitator lelaki

Antara fasilitator perempuan

KDYMM Tengku Mahkota dalam slot 'Story Telling'

"Nak dengar cerita ape?" 
KDYMM Tengku Mahkota sedang bercerita

Bergambar bersama KDYMM Tengku Mahkota

Fasilitator dan En. Wan Nazrul Helmy
"Inilah masakan saya"
"1, 2, 3, Senyum!!!"

Kenderaan Rasmi KDYMM Tengku Mahkota

Jadi, begitulah sorotan pada majlis tersebut. Namun, sebaik sahaja majlis tersebut selesai, giliran kami pula untuk menyelesaikan program itu. Sebenarnya, terdapat pameran yang disediakan dari pihak ECER (Wilayah Ekonomi Pantai Timur) serta pihak Petrosains. Kami telah mencuba sendiri bahan yang disediakan oleh kedua-dua pihak.

"Buat apa tu?"

Farhan sedang mencuba nasib

"Pusing laju lagi!"

Dayah pun ingin mencuba

Sejuknya cecair nitrogen ini

"Tangkap sikit"

Eksperimen bermula

Eksperimen menggunakan pisang

Sibuk mendengar penjelasan
Hoorey Hoorey!!
Pada sebelah malamnya, saya dan rakan-rakan menghadiri jamuan BBQ yang telah dirancangkan oleh kami sendiri.


Geng-geng penghidup api

Ahli kelab, juga student dari Indonesia

Tengok ape tu?

Menunggu makanan masak

Gambar didalam asap

"Nak sikit"

Bekerja keras

Muka-muka kelaparan

Sekali lagi skill Abg Wan tidak disia-siakan

Bersama kereta legend, TX3000

Setakat itu sahaja coretan buat tatapan semua. Jumpa lagi nanti...

No comments:

Post a Comment