Sunday 30 December 2012

Sunday 9 December 2012

Kalimah Toyyibah


Daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah S.A.W bersabda, "Sentiasalah memperbaharui iman kamu." Para sahabat bertanya, "Bagaimana kami ingin memperbaharui iman kami,wahai Rasulullah?" Baginda S.A.W bersabda, "Perbanyakkan ucapan La ilaha illallah." (H.R Ahmad)

Dalam satu riwayat, Baginda S.A.W bersabda, "Iman akan lusuh seperti mana pakaian menjadi lusuh. Oleh itu, hendaklah kamu memohon kepada Allah S.W.T supaya Allah memperbaharui iman kamu." Maksud iman menjadi lusuh ialah dengan kemaksiatan yang dilakukan, maka kekuatan iman dan nur iman akan pudar.

Oleh itu, keterangan dalam sebuah hadith bahawa apabila seseorang hamba melakukan kemaksiatan maka lahirlah dihatinya satu titik hitam. Sekiranaya dia bertaubat maka tanda hitam itu akan lenyap, jika tidak titik itu akan terus kekal. Apabila dia melakukan dosa kedua maka lahirlah titik yang kedua dan demikianlah seterusnya sehingga hati menjadi karat dan hitam. Kemudian, keadaan hati itu akan berubah sama sekali sehingga perkataan yang benar tidak lagi akan memberi kesan kepada hatinya.

Diterangkan dalm sebauah hadith, 4 perkara yang akan merosakkan hati manusia ;
- berbahas dengan orang jahil
- melakukan banyak dosa
- banyak bergaul dengan wanita bukan muhram
- sering duduk bersama dengan orang yang mati (orang yang kaya menjadi sombong dengan hartanya)

Antara hikmah apabila membiasakan diri dengan zikir kalimah toyyibah, secara tidak langsung mereka ini telah menanamkan kalimah ini dalam hati mereka (alam bawah sedar manusia). Seseorang yang sedang berada dalam keadaan yang genting atau bahaya, kalimah ini akan muncul dari hatinya secara spontan kerana mereka ini sering kali menyebut kalimat ini dan kalimah ini adalah yang paling akrab dengan mereka. In shaa Allah, apabila sakaratul maut datang menjemput, kalimat ini juga akan muncul dari mulut orang yang sentiasa mengamalkannya. Dengan demikian, janji Allah S.W.T itu sentiasa benar. 'Seseorang yang diakhir hayatnya mengucapkan kalimat "La ilaha illallah", maka wajib syurga keatasnya.'

Wallahualam..

Thursday 6 December 2012

IMAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Marilah kita renung-renungkan.


Situasi pertama : Jika beli sebotol air minuman R.O (Reverse Osmosis) 500ml, cuba lihat berapa harganya? Mesti kita mampu untuk membelinya. Jika botol yang sama diisi dengan air zam-zam, berapa pula harganya? Mesti melonjak naik hingga RM10 sebotol kan? Jika botol yang sama juga diisi dengan madu? Harganya pun sudah mencecah ke RM30-RM50 sebotol. Jika serbuk emas? Jika serbuk berlian? Bayangkan harganya walaupun hanya satu botol yang mempunyai kandungan 500ml sahaja. Dan pandangan kita kepada semua botol ini, yang mana kita akan pandang dahulu? Mestilah berlian dan emas kan?


Situasi Kedua : Cuba fikirkan jika botol yang sama diisi dengan air paip, apa pandangan kita kepadanya? Dan jika botol yang sama diisi dengan air longkang, air kumbahan, air tanah, apa reaksi kita kepadanya? Jika diletakkan di kedai, pasar, supermarket, hypermarket, apa reaksi orang ramai? Siapa yang mahu beli jika produk itu dijual di pasaran. Mesti ramai yang akan menyumpah-nyumpah produk itu bahkan ada yang tidak pandang langsung produk itu.


Untuk pengetahuan, begitulah pandangan Allah S.W.T kepada hati kita. Cuba kita lihat dalam hati kita, apa yang ada dalam hati kita? Harta? Pangkat? Kuasa? Adakah ini akan berkekalan selamanya? Jika kita masih penting perkara-perkara ini, samalah nasib kita dengan situasi kedua. Bayangkan pandangan Allah S.W.T kepada kita. MasyaAllah!!!


Cuba hati kita ini ada kebesaran Allah dan sunnah Rasulullah, In sha Allah, pandangan Allah S.W.T kepada kita seperti situasi pertama, penuh dengan berlian yang berkilau-kilau yang sentiasa dipandang tinggi dan ingin dimiliki oleh setiap orang. Namun, Allah itu Maha Melihat. Allah akan melihat lebih dari itu dari dalam hati kita, segala yang tersirat dan tersurat.


NAMUN, setiap barang yang berharga perlu dijaga dengan rapi dan diletakkan di tempat yang paling selamat agar tidak diambil oleh orang lain. Cuba letakkannya di kaki lima, lima saat lepas itu dah tiada ditempatnya. Jika di letakkan di tengah-tengah orang ramai, berebut-rebut orang kerana ingin memilikinya. Sama seperti iman, harus dijaga dengan baik-baik dengan banyak melakukan sifat-sifat mahmudah, amal-amal soleh agak iman yang ada akan sentiasa menjaga diri kita. Paling senang, dekatkanlah diri dengan masjid agar iman kita boleh disimpan di masjid. Jika asyik mendekati panggung wayang, pusat hiburan, atau lorong-lorong gelap, maka syaitan akan mencuri iman itu dari diri kita dan kita pun akan mula jauh dari agama.


Wallahu alam...

Friday 23 November 2012

Kem IN-TEAM Tahunan 2012

Jom sye bwakn anda cerita untuk dikongsi pada masa nie. KEM IN-TEAM TAHUNAN 2012. Nie bkan In-Team nasyid 2, In-Team disni, Kem Interaksi Pemimpin Muda yg diadakan khas untuk ahli-ahli kelab In-Smartive UMP. Slalu je sye cte sal kelab nie kn, tpi bgi warga UMP, mmg beruntung tul dpt join klab nie. Byk sngt manfaatnye...huhu...

Jom kita jengah kem ini yg telah diadakan pada 16 - 18 November 2012 yg lalu.


Tiga ari program nie dgn objektif utamanya, supaya setiap ahli kelab trutamanya yg bru sertai tahu apa itu In-Smartive, apa yg In-Smartive cuba smpaikan kpd msyrkt luar dan UMP sndiri. Jdi, mereka sdar mngapa mereka memilih utk join kelab ini. Sye tlah diberi tnggungjwb sbg fasilitator dlm program nie brsma2 12 org lgi yg brpngkat 'senior'. Dlm program nie, sye jelah yg still junior kpd abg2 n akak2 tpi senior kpd dak2 yg bru join kelab.

Hari pertama brmula dgn mkan nasi n garam je. Korang prnah cube ke? Hanya terdpt dlm kelab nie je tw. Sbb tu la klab nie spesial skit.

Tersenyum sblum makan

Para tukang masak yang hebat
Setelah selesai solat, aktiviti diteruskan dgn pengenalan fasi serta aktiviti malam iaitu Bursa Saham.

Sedikit tazkirah

Antara fasi2 yang mantap + saya yang junior
Bursa saham tu mmg bez la bgi spe yg dh prnah main sbb mse nie la kte nk tgk spe yg suke 'betray', spe yg tlong kwan, spe yg kaut sume keuntungan, spe yg rugi n lain2 lgi. Hahaha, ble dh main game msti de pmenang n kalah. Pemenng nye kaut keuntungan sbyk 802k. Mnkala yg kalah rugi sbyk -576k++. Tpi lpe la plak spe yg mnang n kalah tu. Xpe, bgi fasi lak, ble sume msuk tido, kteorg lak wt tyngan hindi di kediaman fasi. Mslahnye, blum cter 2 abis, dh rmai yg tumbang trmsuk la sye. Dan hari bersmbung esok.

Esok pagi brmula dgn PT litar. Senam pagi la. Pstu diteruskan dgn makan pagi yg sdap dan lazat, nasi gorng la pe lgi kn dan explorace yg brlangsung smpai wktu Zohor. Haha, mmg bez sbb dpt tgk plbgai karenah rkan2 pserta.

PT litar

Action skit!!!

Dengar penerangan aktiviti

Cerianya. Terima je lah hukuman tu.
Setelah berpenat-lelah, abis la gak aktivitinya. Ptg pula dismbung dgn aktiviti berfikir sdkit iaitu Invent. Pserta akan cbe menjana idea bru / mereka modul baru utk program2 yg akn mndtang. Lihat pda prsmbahan, mmg tidak dinafikan para peserta bkn calang2 orngnye. Apabila malam mnjelma, aktiviti slpas solat iaitu Last Man Standing. So, dlm modul tu de byk aktiviti cm pengucapan awam, battle of question and tongue dan byk lagi. Sesekali, diselitkan aktiviti 'Super Spontan' yg agak famous di Malaysia dgn menggunakan aktiviti mereka spt Ayat Penyata, Soal Menyoal, Beku dan sbgainya.

Pencetus aktiviti Super Spontan

Kau siapa?

Adegan lawan dalam Super Spontan

Mendengar taklimat
Selesai sahaja, mereka dibenarkan pulang ke kediaman msing2 serta bermulanya rncngan 'thriller' kami para fasi. Tepat jam 12.30 malam, semua peserta dikumpulkan kembali bagi menyertai aktiviti 'Night Walk'. Haha, msa untuk ditakutkan namun rse2 cm kami yang ditakutkan. Kami fasi tlah di msukkan ke dlm hutan untuk mnjadi pnjaga check point, takut de yg cedera tw sesat tw sbrang kemungkinan berlaku. Sye ngn senior Paan Sulaiman duduk dlm hutan, mula seram gak pstu dh hilang trus seram tu sbb nyamuk yg tersngat byk smpai rse cm nk je mnjerit dlm hutan tu. Hai, kalo wt cmtu, larilah sume org. Kesian gler, abis stu pasang tngn penuh kne gigit dek nyamuk. Tpi, mereka sume dpt mnghabiskn cbran itu tnpa ada yg truk sngt kes. Mnjerit2 biasa tu de la tpi xkuat je la. Abis je kul 4 pagi tu trus blik tido n de yg bersiap2 tuk solat subuh smbil minum kopi + apam balik.

Hari ketiga dismbut dgn slot oleh mantan presiden kelab, senior Farhan dan akhir skali, Plan of Action sblum digulung oleh penasihat kelab sndiri, En. Wan Nazrul Helmy.

Chef Abutilon dan Chef Kiwi

Bakat terpendam kata orang

Senyum

Unit Teknikal

Penasiahat kelab
Setelah penggulungan, sesi refresment bersama fasi dan peserta.



Berakhir sahaja solat Zohor, maka bergeraklah pulang semua pserta + fasi ke kampus masing2. Hahahahaha....itu sahaja cter sye pda mse nie. Sekian, jumpe lgi nnti.
















Tuesday 20 November 2012

Cuti Mid-Sem November 2012

Hoorey!! Akhirnya dpt gak teman plang bercuti. Hahaha, bez dpt blik umah, duk jumpe mak, ayah, adik dan jiran-jiran. Tapi, orang slalu ckap, xsmestinya duk kt umah always tido n mkan je. Wlaupwn bercuti tpi still kne wt krje2 umah cm gi psar ke, shopping je, mkan angin ke. Ye tak?

Sebab tu la teman dpt gi ke Pulau Pinang (Penang la kte org zaman skrg) selepas ambik sepupu teman kt Kuala Ketil, Kedah. Itu yg kali ketiga teman gi Penang lepas  g Penang ngn family time kecik2 dlu n gi dengan pakcik and his family time sklh rndah dlu. Fuhh, mmg dh mcm rusa msuk kmpung ble smpai je kt Penang tu menaiki feri yang kne byar tol sbyk RM7.70 (ktenye dh naik harga). But, xgi mne2 pwn sbb hari ujan, duk dlm krete je la jwbnye. Tpi smpat la bli bju as cnderamata kt Batu Feringgi. Tapi mmg bez la sbb dpt gak gi Penang lagi. Teman ingt psni nk gi Penang n tido kt sne, sje nk tw suasana di sne.

Naik feri

Lagi gambar di atas feri

Permandangan luar feri

Lagi gambar pemandangan
 So, disebabkan ujan, xbyk gmbar diambil sbb teman drive, spe nk tngkap gmbr. Hahahaha...

Namun, tak ckup distu, ibu teman yg ikut skali ke Penang tlah brfikir utk brjalan lgi skali pada cuti Deepavali namun takut ayah teman menolak tpi yg trkejutnye, ayah teman mmberi isyarat hijau apabila disuarakn hasrat itu lalu skali lagi teman berjalan-jln mkn angin ke Tanah Tinggi Cameron (Cameron Highlands). Hahaha, makan strawberi la, pe lgi. Skali lgi teman jdi driver n smbil bawa smpat lgi ambil gmbar di atas jaln rye.


Laluan berliku

Sempadan Pahang Darul Makmur dan Cameron Highlands

Sebuah hotel di Brinchang

Kedai runcit
 Selepas berehat seketika setelah 2 jam memandu di Brinchang, kami mnyambung prjlan ke Taman Sedia, tmpat dimana teman prnah gi dlu pada bulan 6  thun nie smsa program Transformasi Penjenamaan Semula Kelab In-Smartive UMP. Teman gi bli chocolate strawberry n aiskrim stawberri kt stu with my family. 


Pelbgai jenis teh

Tempat mmbeli aikrim ngn coklat strawberi
 Sebelum trun, kami sempat singgah ke Cameron Valley utk melihat ladang teh. Bez ble trun ke bwh tpi skit ati ble nk naik blek sbb rse cm gi mndaki gunung. hai, sbor je la...


Kawasan ladang teh

Besarnya ladang teh

Tengok ladang teh
 Akhirnya, trun gak lpas 5 jam berada di sana brsma-sama strawberri dan cenderamatanya skali. Sblum pulang ke umah, kereta kami menyusur laju ke Terminal Medan Gopeng utk membeli tiket bas pulang ke UMP kmbali. Hmm, smoga diberi lagi kekuatan untuk menziarahi lagi tmpat2 ini.

Wednesday 7 November 2012

Program Ceramah i-CARE 2012


As salam dan selamat sejahtera.


i-CARE, ehmmm...apa yek?? Sbnarnye, dy bermaksud The International Cancer Alliance for Research and Education menurut pkcik Google la. Tapi ia merupakan satu program tahunan bagi kelab In-Smartive UMP. Khas utk wanita sahaja, program ini bertujuan utk menyedarkan masyrakat tntng bhyanye kanser servik yg merupakan PEMBUNUH KEDUA selepas penyakit jantung di Malaysia / serata dunia. So, pe kaitannye dgn ak?

Tiga jam yg lalu, ak dan sejumlah rakan-rakanku tlah join satu ceramah tntang kanser ini. First time join, bru tw pe tu kanser servik. Slme nie xprnah nk ambil tw pwn wlupun tw psal program nie. Penceramahnye, Dr. Huda yg dtg dari HTAA Kuantan (Hospital Tengku Afuan Afzan) tlah menyampaikan ceramah itu.


Dr. Huda dari HTAA Kuantan
Wlwpwn cramah hnya selama 30 mint namun banyak ilmu bru yg ak dpt. De yg first time ak dgr (Fuh, mmg buta tul ak nie, xtw mnde pwn psal bnde nie). Hahaha... Selepas crmah dy bermulalah sesi soal jawab. Pelbagai soalan yg dilontarkan, bukan shja perempuan tetapi lelaki pwn ada yg melontarkan soalan tpi pham2 je la dak engineering, okey je sume jwpan wlwpun de jwpan yg ......pham2 sndiri la (Ha, jgn pkir bnde lain). Tpi, yg paling puas ati, pesrta yg dtg mlm nie mmg satu pncapaian di luar jngkaan disebabkan Dewan FKM 1 yg hanya mmpu memuatkan seramai 300 org penuh dn ada yg duduk di atas tngga dn juga ada yg duduk bersila  dn de juga yg duduk di luar disbbkan penuh. Hahaha....

Pandangan dari atas

Ramainya peserta

Tekun mendengar ceramah

Program yg berakhir dlm pukul 9.15 mlm itu sedikit sebyk memberi impak atau ilmu baru kpd ak mhupwn peserta lain. So, lps nie, ak kne bljar byk bnde lgi. Hehehe... Tahniah kepada team yg tlah mengnjurkan program ini di Kampus Pekan. 

Terima kasih semua