Sunday 30 December 2012

Adab Belajar mengikut Imam al-Ghazali

Menurut Imam Al-Ghazali, terdapat 20 adab belajar yang digariskan oleh beliau :


1. Mendahulukan salam kepada guru dan bersalaman dengan bercium tangan sebagai tanda penghormatan mengikut jantina yang dibenarkan oleh syara'.

2. Jangan banyak bercakap di hadapan guru.

3. Hanya bercakap apabila ditanya dan juga tidak faham.

4. Jangan bertanya melaikan jikalau diarah oleh guru.

5. Jangan menyangkal kata-kata guru.

6. Jangan mengumpat pelajar lain.

7. Jangan berbisik di hadapan guru.

8. Jangan berpaling ke kiri dan ke kanan.

9. Jangan menyoal semasa guru kepenatan.

10. Berdiri apabila guru bangun (tanda hormat)

11. Dengar dengan khusyuk ilmu yang disampaikan walaupun diulang 1000 kali.

12. Rujuk guru dalam memilih ilmu.

13. Jangan duduk tempat guru.

14. Jangan berjalan di hadapan guru kecuali darurat.

15. Jangan ketuk pintu berulang kali hingga guru keluar menemuinya.

16. Sentiasa mendapat keredhaan-Nya dan jauhi kemurkaan-Nya

17. Muliakan anak-anak guru.

18. Selalu berhubung dengan guru.

19. Elakkan tidak menziarahi guru lebih dari 40 hari. Ini boleh mengurangkan keberkatan ilmu.

20. Selalu mendoakan guru selepas setiap solat lima waktu.

Wallahua'lam.


Rasulullah S.A.W bersabda, "Bukan dari umatku orang yang tidak memuliakan orang tua dan mengasihi anak-anak muda kami dan tidak mempelajari daripada orang-orang alim".
-Riwayat Abu Daud-

No comments:

Post a Comment