Daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah S.A.W bersabda, "Sentiasalah memperbaharui iman kamu." Para sahabat bertanya, "Bagaimana kami ingin memperbaharui iman kami,wahai Rasulullah?" Baginda S.A.W bersabda, "Perbanyakkan ucapan La ilaha illallah." (H.R Ahmad)
Dalam satu riwayat, Baginda S.A.W bersabda, "Iman akan lusuh seperti mana pakaian menjadi lusuh. Oleh itu, hendaklah kamu memohon kepada Allah S.W.T supaya Allah memperbaharui iman kamu." Maksud iman menjadi lusuh ialah dengan kemaksiatan yang dilakukan, maka kekuatan iman dan nur iman akan pudar.
Oleh itu, keterangan dalam sebuah hadith bahawa apabila seseorang hamba melakukan kemaksiatan maka lahirlah dihatinya satu titik hitam. Sekiranaya dia bertaubat maka tanda hitam itu akan lenyap, jika tidak titik itu akan terus kekal. Apabila dia melakukan dosa kedua maka lahirlah titik yang kedua dan demikianlah seterusnya sehingga hati menjadi karat dan hitam. Kemudian, keadaan hati itu akan berubah sama sekali sehingga perkataan yang benar tidak lagi akan memberi kesan kepada hatinya.
Diterangkan dalm sebauah hadith, 4 perkara yang akan merosakkan hati manusia ;
- berbahas dengan orang jahil
- melakukan banyak dosa
- banyak bergaul dengan wanita bukan muhram
- sering duduk bersama dengan orang yang mati (orang yang kaya menjadi sombong dengan hartanya)
Antara hikmah apabila membiasakan diri dengan zikir kalimah toyyibah, secara tidak langsung mereka ini telah menanamkan kalimah ini dalam hati mereka (alam bawah sedar manusia). Seseorang yang sedang berada dalam keadaan yang genting atau bahaya, kalimah ini akan muncul dari hatinya secara spontan kerana mereka ini sering kali menyebut kalimat ini dan kalimah ini adalah yang paling akrab dengan mereka. In shaa Allah, apabila sakaratul maut datang menjemput, kalimat ini juga akan muncul dari mulut orang yang sentiasa mengamalkannya. Dengan demikian, janji Allah S.W.T itu sentiasa benar. 'Seseorang yang diakhir hayatnya mengucapkan kalimat "La ilaha illallah", maka wajib syurga keatasnya.'
Wallahualam..
No comments:
Post a Comment