Thursday 31 October 2013

MT & Exco In-Smartive 2012/2013

Akhirnya, pada Oktober yang lalu, Kelab In-Smartive UMP memperlihatkan perletakan jawatan oleh barisan kabinet Majlis Tertinggi dan Exco sesi 2012/2013 yang diketuai oleh Muhammad Jamil bin Mohd Jaafar dan dibarisi oleh Hafizothul Ommi binti Aziz, Ahmad Muzaidi bin Ab Razak, Nur Rahimah Fitrah binti Mohd Sofyan, Nurul Farhana binti Abu Kasim, Mohd Nizam Azhar bin Baderol Hisam, Wan Muhammad Irwan bin Wan Muhd Azhar, Mohd Farhan bin Sulaiman dan saya sendiri, Ahmad Badruzzaman bin Idris. Serius, bagi saya, mereka inilah yang telah membawa nama In-Smartive ke serata pelusuk di Malaysia serta menunjukkan bahawa In-Smartive mampu berdiri sama tinggi dengan pertubuhan kerajaan atau bukan kerajaan yang terkenal yang terdapat diluar sana dengan menjadi finalis Ikon Varsiti Berita Harian 2012 dimana In-Smartive hanya satu-satunya wakil IPTA (Institut Pengajian Tinggi Awam) yang mara ke pusingan akhir bersama-sama dua lagi persatuan dari IPTS (Institut Pengajian Tinggi Swasta) masing-masing. Tak ke hebat tu?? So, saya nak kongsi sikit perihal mereka ini menurut perspektif saya.


1) Muhammad Jamil bin Mohd Jaafar (Presiden)

Mel Jamil

Inilah 'abang taiko' dalam kelab ini. Belajar di Fakulti Kejuruteraan Pembuatan (FKP) kos Mekatronik. Dikenali sebagai 'Si Pelat R' serius korang takkan rugi berkawan dengannya. Pandai mengambil hati (kadang-kadang tak jadi), glamor dengan panggilan Mel Jamil (FB dia), abang ini tak lokek kalau kita ingin tahu sesuatu, terutamanya yang berkaitan dengan In-Smartive. Agak kebudakkan sikit, namun abang ini sangat genius, mampu memikirkan jalan alternatif lain bila ditimpa sesuatu masalah juga sangat hebat dalam akedemiknya. Saya rasa macam dah ada seorang abang sendiri sebab saya tak de abang. Sentiasa ceria, tersenyum dan sangat sporting. Sebab tu, saya cakap kat abang ini, "Saya sayang kat abang, tapi abang kan lelaki." (Paham tak ayat itu??) Sebab, bila korang dah berkenalan dengan abang ini, tak jumpa sehari rasa serba tak kena. Memang korang kena jumpa tiap-tiap hari. Tapi, yang paling hebat abang ini, dia mampu jaga semua adiknya dalam In-Smartive. Serius, beruntunglah kepada yang dapat abang macam ini. Mana nak cari pengganti dia?? Memang tak de la...

Senyum la sikit Mel Jamil


2) Haffizothul Ommi binti Aziz (Timb. Pres. 1)

Umie Aziz

Yang nie dak2 In-Smartive pnggil akak Umie. Belajar di Fakulti Industri Sains dan Teknologi (FIST). Akak nie nampak je baik dari luar tapi serius, lepas korang kenal, lagi la terserlah kebudak-budakannya tu. Sama je dengan Mel Jamil tu. Agak kelam kabut sikit tapi bila bab2 kerja, memang tiptop, terbaik. Pwn seorang yang ceria, akak yang suka membantu jika ada masalah, tapi kenalah tanya kat akak nie. Kalo tak tanye, mana dia nak tolongnya. Nampak comel kan tapi dah berpunya taw, jangan main-main. Akak nie saya dah anggap cam akak sendiri, suka mengingatkan orang tentang perkara-perkara penting. Geng-geng kami panggil akak nie 'Machai'. So, geng nie agak berleluasa di sini, tapi dalam kelab je la. Kat luar xde nya. Akak nie, keistimewaannya iaitu dalam menjadi MC (master ceremony) dan diiktiraf MC terbaik di UMP. WOW!!! Ada sekali itu, beliau belanja sy makan. Hebat kan akak nie??


Akak MACHAI terhebat, Umie Aziz


3) Ahmad Muzaidi bin Ab Razak (Timb. Pres. 2)


Ahmad Muzaidi

Serius, saya rasa takkan ada abang yang dapat menandingi atau menjadi sepertinya. Satu-satunya abang yang saya ada yang telah banyak mencurahkan semua idea dan tidak lokek untuk berkongsi pendapat. Abang yang banyak point untuk bercakap dan isi-isinya padat dan masuk terus ke benak hati. Satu-satunya abang yang saya respect terutama dalam ilmu agama. Kelebihannya pabila membuat muka yang serius dan sesiapa yang memandang akan berasa takut namun abang nie sangat sempoi dan sporting. Suka pada jaket yang berwarna gelap. Abang nie belajar di Fakulti Sains Komputer & Kejuruteraan Perisian (FSKKP) dan saya risau adakah saya akan dapat berjumpa dengan abang nie lagi atau tidak.


YB Ahmad Muzaidi


4) Nur Rahimah Fitrah bt Mohd Sofyan ( Ketua Setiausaha)


Di meja santapan diraja Keraton di Yogyakarta

Kalo tadi Mel Jamil 'taiko besar', nie la 'gangster kejam' yang diupah oleh Mel Jamil untuk memastikan struktur operasi berjalan lancar. Mendapat latihan brutal sepenuhnya di Kuala Lumpur, akak nie sudah menyerang hampir kesemua ahli-ahli kelab untuk berubah ke era baru. Tapi, apa sebab beliau buat begitu? Nak perhatian ke? BUKAN SAMA SEKALI. Itulah cara beliau sentiasa mengingatkan kepada ahli bahawa untuk menjadi sempurna dan teliti bukan senang. Akak yang sentiasa cute, comel, riang bila jumpa orang (kadang2 je angin xbrtempat) dan kurang skit kebudakkan daripada yang lain nie belajar di Fakulti Industri dan Sains Teknologi (FIST) dan mempunyai skandal. Wow, dengan spe yek? Cari sendiri. Bagi saya, saya dh anggap cam akak sendiri memandangkan sy pwn xde akak. So, kat In-Smartive lah sy rse saya ada akak-akak yang sentiasa memerhati saya n tegur saya bila saya buat silap. Terima kasih ye akak walaupwn kadang2 kena mrah gak ngn akak nie. Hehehe~


Skandal??


5) Nurul Farhana binti Abu Kasim (Bendahari)


Farhana Kasim

Ha, nie la akak Farhana (padahal sama umur). Belajar di Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Sumber Asli (FKKSA), akak nie kalo tengok cam garang, xsporting, pendiam n seumpamanya. Tapi, cuba kalo kenal Farhana Kasim ini, cam nak gila dibuatnya. Ada je lawak yang ingin dikongsi. Kalo tanya sal bab pengurusan terutamanya duit, mmg tiptop lah. Kolaberasi baik dgn Mel Jamil, mesti xpuas sembang dengan tuan punya badan nie. Disebabkan dalam MT & Exco nie de 3 orang je girls, so diorang wt la stu team (Farhana, Umie, Fitrah). Intonasi nada yang menarik, gaya bahasa yang unik menyebabkan sekali beliau berkata, semua terdiam dan mendengar. Skandal? Hmm, cam xde je. Dengar cter dah nak tunang/kahwin. Jangan lupa jemput. Tapi, pape pwn, bagi saya, Farhana nie seorang baik hati, ceria dan beliau de suatu magis yang terhebat dari ladang. Nak tahu?? Contact lah beliau. Kalo dapat la. Hahaha...


Terima kasih akak Farhana


6) Wan Muhammad Irwan bin Wan Muhd Azhar (SUB Pembangunan Kopetensi)


Any problem??

Dalam In-Smartive, sape tak kenal roommate saya di asrama sekarang nie, mmg silap la. Belajar satu fakulti dengan saya iaitu Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM), Irwan nie dah macam adik-beradik saya je. Seorang penglipur lara, banyak je cerita yang beliau nak cerita, tapi sal kereta lah, bende lain de la gak tapi pling extreme bab2 krete. Sentiasa manis mulut, senyum, xbyak karenah, namun sekali angin, cam taufan perginya. Tapi sangat jarang lah tuk tgk yang taufan tu. Sentiasa bersama yang tersayang, MBS 3455 membuatkan beliau sangat pemurah dan membantu sehingga tak memikir pwn tntang minyak (kadang2 de la gak). Hebatnya Irwan nie, dah macam seorang sahabat saya yang say kenal sewktu sek. men. dahulu. Harapnya kte still abg long-adik long. 


Roommate saya


7) Muhd Farhan bin Sulaiman (SUB Pengurusan Logistik)



Gelaran 'Paan Besar' dan 'Tuan Daing' mmg tepat dan benar. Tengok cam ngeri je, sekali jerkah, cam dalam kem tentera kot. Namun, org je besar, namun dalam hati de taman. Sentiasa memberi idea bernas dikala kesusahan. Pelajar Fakulti Sains Industri dan Teknologi nie sentiasa menggembirakan orang disekeling beliau. Pengalaman luas, idea banyak, tak lokek untuk berkongsi dan sangat matang. Seorang yang paham tentang perasaan saya, saya dah anggap cam kembar saya. Saya rasa tak puas kalo tak jumpe beliau nie, mesti nak jumpe kat mana2. Namun, saya berharap saya dapat jumpa beliau di mana2 bila saya dah bergraduasi nanti.


Pandang mne tu??


8) Mohd Nizam Azhar bin Baderol Hisam (SUB Penerangan)


Bergambar di Zoo Melaka

Yang nie, bagi saya, kelakar, periang, sentiasa ada perumpaan baharu, suka buat perbandingan untuk mencari terbaik. Seorang sahabat yang saya respect. Sekali tengok dah mcam Faizal Tahir. WOW. Kalo tengok dekat2, pelajar Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik nie seakan-akan je, tapi de suara garau yang sangat menakutkan. Ketegasannya membuatkan semua terdiam. Namun, orang nie dah berpunya, jangan main2. Kalo saya tengok, mmg kesetiaan tu sangat utuh, sukar untuk dibndingkan. Matang dan yang paling orang tunggu, pabila beliau mengeluarkan perumpamaan. Sangat kelakar namun bagi kita, kita sendiri pwn xprnah terpikir seperti itu. Sentiasa senyum dan xseronok kalo tanpa beliau jika sesuatu aktiviti dijalankan. Pasnie, harap turunkan ilmu yek abg Nizam.


Abg Faizal Tahir

9) Ahmad Badruzzaman bin Idris (SUB Arkib dan Dokumentasi)

Yang nie xpela sebab owner blog nie sendiri. Takyah cter, juz gambar je.


YB Bota

Itu sahaja cerita saya. DIharapkan kita semua berpisah di mata, tetapi jangan kita berpisah dihati.

SAYA SANGAT SAYANG AKAN KAMU SEMUA DAN AKAN MULA MERINDUI KAMU SEMUA. MOHON JANGAN LUPAKAN ORANG KERDIL INI.


Hehehe~~

Sunday 27 October 2013

Bukit Panorama

Sungai Lembing, pernah menjadi sebuah pekan yang paling kaya di Pahang atau di Tanah Melayu barangkali, kerana terdapat perlombongan bijih timah yang diusahakan oleh pihak British suatu ketika dahulu. Namun, sekarang walaupun semakin berkurangan hasil bijih timah, orang ramai berpusu-pusu datang ke sini untuk melawat tempat-tempat menarik. Antaranya, Bukit Panorama yang kita boleh melihat matahari terbit di waktu pagi di puncak bukit ini. Jadi, In-Smartive pun membuat satu aktiviti iaitu Rehlah bersama ahli-ahli In-Smartive pada Hari Keputeraan Sultan Pahang (24/10/2013). Jom kita tengok apa aktivitinya yang bermula pada jam 4.30 pagi. Wow...

Bersemangat Saiful Azrul mendaki

Nampaknya Ikram dan Eddy pun dah sampai ke puncak

Before bergerak ke Sungai Lembing

Nie la kerja mereka, bergambar

Kenapa Akak Yan tu??

Rehat mengambil udara segar

Indah ciptaan Allah S.W.T

Mr. Presiden memberi ucapan

Akhirnya, sampai juga di puncak

Geng-geng akak

Sempat berposing ketika Acap Press memberi ucapan

Mas Edo jadi 'hot' sebentar

Abang Nope

Melihat kabus dari atas puncak

Muka-muka keletihan

Yang ini mewakili apa yek??

Sesi ta'aruf

Yang nie, leadernya si Bayu

Before turun ke bawah

So, sekarang nie semua dah tahu perangai orang dalam nie

Bayu sorang je??

Model Korea ini berasal dari Sarawak

Saya sahaja yang pandang kamera ini

Kumpulan Amin Faudzi

Terima kasih kepada Fareed Zahari coz sanggup turun walaupun jauh

Mereka nie memang suka bergambar

Akmal memang gitu gayanya. Acap pula tak tahu.

Eh, perasan rupanya gambar disnap

Menuruni bukit
Fuhh, agak penat. Serius, korang datang sini tiap-tiap minggu, akan kurus dan slim. Tak caya, leh cuba. Jumpa lagi...

Tuesday 15 October 2013

Trip Yang tidak Dijangka

Hai, setelah 4 minggu berkampung di Kuala Pahang, tiba la masa untuk berehat sempena Hari Raya Aidiladha. Bukan pe, memang tak banyak kerja tapi tiba2 rasa macam penat sahaja. Hmmm, nie pwn baru sahaja tamat Perjumpaan Perdana Kelab In-Smartive + AGM pada Rabu yang lalu. So, tampuk kepimpinan telah pwn berubah ke kepimpinan baru iaitu Acap Press, Firdaus Yasin, Muhaimin Mamat, Ahmad Bahiyuddin, Azmira Othman, Siti Shafeera Kamal Azman Shah selain mengekalkan kepimpinan lama iaitu Mohd Nizam Azhar, Wan Muhammad Irwan dan saya sendiri melalui pemilihan secara demokrasi. Tak sangka saya masih lagi diberi kepercayaan untuk menjadi kepimpinan bagi sesi 2013/2014. Terima kasih kepada yang telah memilih saya.

Kepimpinan Kelab In-Smartive UMP sesi 2013/2014

Sampai la ke hari Jumaat, hari yang telah lama saya tunggu sejak 3 minggu lalu kerana plan nie dah lama rancang. So, saya telah ke Bandar Diraja Johor, MUAR mengikuti si comel Atiqah Razak ke rumahnya. First time ikut orang ke rumahnya buat saya rasa gementar sikit, takut tak dapat sesuaikan diri di rumah orang. Rupanya, keluarga si Atiqah nie sume baik2 belaka dan sporting. Trime kasih la banyak2 kat family nie especially mak Atiqah sebab tak jemu layan saya. Bukan saya sahaja ke sini, de 3 orang lagi yang telah follow iaitu Nizam Azhar, Suaidah Syazwani dan Che Syam. Diorang nie memang kawan2 yang oshem. Mula2 plan nak pusing Muar tapi bila dapat tahu MELAKA juz sejam je dari situ, plan bertukar, gi melawat Melaka Bandaraya Warisan Dunia dan Bandaraya Bersejarah pada hari keesokannya, Sabtu.


Di pintu masuk Zoo Melaka

Dekan atau 'Bamboo Rat'

Badak Putih

Inilah Parameswara (ilustrasi sahaja)

Haiwan pintar, Si Kancil

Lambang skuad Perak, Si Seladang

Lemur (nama dia Nasir)

Ankole Cattle (muka cam opah dalam 'Kampung Boy')

Burung Kasawari (makanan favourite ialah katak dan ular)

Penyamar hebat, Harimau Bintang

Pemanjat pokok terulung, Harimau Kumbang (Panther)

Ikon 'Sparta Kook', si Harimau Belang

Sang Buaya Tembaga (bukan buaya pegaga)

Merak (peacock)

Beruang Matahari (Sun Bear) yang kesunyian

Haiwan paling besar di darat, Gajah (elephant)

Cool je si Iguana nie

Masjid al-Azim, Melaka

First time jumpa mesin air yang sume harga air tin iaitu RM1.00

Dalam kompleks Mahkota Parade

Memorial Pengistiharaan Kemerdekaan

Kota A Farmosa

Gereja St. Paul

Dataran Pahlawan yang sangat menarik

Mercu tanda Melaka, Menara Taming Sari

Masjid Selat Melaka

Beratur sebelum menaiki Menara Taming Sari

Tiket-tiket yang berkaitan

Seronok sebab dapat berjalan dengan kawan2 yang sentiasa support saya dari belakang. Walaupwn ada banyak dugaan semasa trip nie tapi still seronok. Naik Menara Taming Sari membuatkan saya rasa teruja melihat Bandaraya Melaka pada waktu malam. Sesiapa yang nak naik menara itu gi sebelum kul 8 malam sebab leh dapat diskaun 50%. Lepas u dah tak dapat. Kami pulang ke rumah dalam pukul 12.30 tengah malam. Keesokan pagi, Nizam dan Suaidah telah pulang ke rumah masing-masing namun itu tidak bermakna trip nie sudah abis, kami bertiga (Atiqah, Che Syam dan saya) pula wat trip ke Muar. Nak la taw ape je de kat sini, dah la bandar nie bandar diraja Johor. Dalam kul 5.30 petang, bermula la trip singkat kami.


Di Tanjung Ketapang pada waktu petang

Banyak monyet berkeliaran di paya bakau ini

Saya berlatarbelakang Sungai Muar

Finally, I wuz ere at Dataran Tanjung Emas

Sambil baca tentang Menara Taming Sari

Mee Bandung Muar dan ABC di kedai makan di Tanjung Emas

Sedang mencari buku sesuai di Tanjung Mas, Wetex Parade

Dan akhirnya, tamat sudah trip saya di Muar serta Melaka. Che Syam telah pulang ke kampung halaman di Kuala Terengganu pada Ahad malam dan saya pula bergerak ke Kuala Lumpur dahulu sebelum ke Perak dengan menaiki bas pada keesokan pagi. Serius, sangat best ke Muar sebab banyak barang serta makanan yang jauh lebih murah dari tempat-tempat lain. Rasa cam nak pergi lagi ke sana, berharap dapat ke sana lagi...



Sedikit informasi

Kompleks Menara Taming Sari


Saya di Zoo Malaka

Bergambar bersama Sang Gajah

Nizam, Suaidah, Atiqah, Che Syam, Badruzzaman

Haiwan kegemaran saya, Pak Belang

Berlatarbelakang 'Tiger's Den'

Mereka pun nak juga

Nampak tak burung diatas??

Pemandangan dari Bukit St. Paul

Kereta Y.T.M Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj

Saya dan 'Kwangsoo', si Zirafah

Bergambar sebelum pulang
Waktu petang di Dataran Tanjung Emas

Gaya masing-masing

Di rumah si Atiqah Razak

Che Syam bersama anak-anak buah si Atiqah Razak

Hai, tak puas-puas bergambar ke??

Bersama mak si Atiqah sebelum menghantar Che Syam pulang