Wednesday 2 January 2013

Usaha Atas Iman

Assalamuaikum dan salam sejahtera.

Hari ini ingat nak berkongsi sedikit maklumat yang saya tahu tentang USAHA ATAS IMAN. Apa benda lak nie kan?? Dengan lafaz 'Bismilahirrahmanirrahim', mari kita sama-sama belajar. Kalau saya ada salah harap di perbetulkan.


USAHA ATAS IMAN, secara ringkasnya ialah suatu usaha untuk mengamalkan keseluruhan amalan agama dalam kehidupan kita. Usaha ini wajib (fardu ain) ke atas setiap individu muslim khususnya dan mesti mengikuti cara Rasulullah s.a.w melakukannya. Usaha ini mesti ada pengorbanan seperti harta, jiwa & raga, mujahadah, susah payah, melapangkan masa untuk keluar di jalan Allah s.w.t dan bukan berniat untuk mengislahkan orang lain tetapi untuk mengislahkan diri sendiri. Usaha ini mesti menanamkan sifat 'TABLIGH' dalam hati mereka.

USAHA ATAS IMAN adalah penyelesaian kepada semua masalah umat. Usahakan untuk membetulkan yakin masing-masing bahawa :
  • Tiada yang lebih berkuasa melainkan Allah s.w.t
  • Makhluk langsung tidak boleh beri mudharat atau manfaat kepada yang lain.
  • Allah Maha Pencipta dan Pentadbir, tiada yang tersembunyi dari-Nya walaupun sedikit kerana tadbir Allah meliputi segala-galanya.
  • Apa jua yang berlaku, bukan sekadar kebetulan kerana tiada langsung istilah kebetulan dalam setiap ciptaan-Nya.
  • Semua perkara yang ada di muka bumi ini, ada ketetapannya dan segala-segalanya telah tercatat di Luth Mahfuz, dari mula terciptanya dunia hinggalah hari kiamat.
  • Kejayaan manusia sebenarnya adalah dalam mentaati perintah Allah s.w.t mengikut cara sunnah Rasulullah s.a.w. Selain itu, walaupun caranya baik, canggih dan hebat sekalipun, jika tiada cara sunnah Rasulullah tidak akan diterima oleh Allah s.w.t
Apa sahaja yang berlaku masa kini di seluruh alam ialah disebabkan masalah iman dan bukannya masalah lain. Jadi, apabila ada USAHA ATAS IMAN, in shaa Allah, Allah s.w.t akan bantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh kita.

Wallahu'alam...

No comments:

Post a Comment