Tuesday, 10 July 2012

Program Demi Program

Assalamualaikum w.b.t.

Mai saya bawakan anda satu cerita panjang tentang program-program yang telah saya sertai sepanjang hujung bulan 6 dan awal bulan 7. Jeng jeng jeng....

PKM Cabaran Berkayak Sungai Pahang KPT-UMP 2012
Pada 25 Jun hingga 29 Jun yang lalu, 22 orang fasi termasuk saya telah menyertai program ini. PKM, bukannya 'parti komunis malaya' taw. Projek Kilauan Mutiara bersempena Cabaran Berkayak Sg. Pahang yang disertai hampir kesemua IPT yang berada di Pantai Timur termasuklah UMP sendiri serta berberapa yang lain di Pantai Barat seperti UTP (Universiti Teknologi Petronas) dan lain-lain. Sebagai fasi, kami haruslah bersedia untuk memahami serta mengenali masyarakat yang teletak di bahagian pendalaman sedikit. Saya sungguh teruja apabila melihat projek ini berunsurkan 'marathon' dimana kami terpaksa berpindah-randah dari satu sekolah ke sekolah yang lain. Kami juga telah mencipta sejarah apabila membuat program di tiga buah sekolah sekaligus yang selalunya apabila berprogram, kami hanya menumpukan kepada sebuah sekolah sahaja.


Hari pertama di SK Kuala Triang. Mereka boleh saya katakan terlalu aktif dan hyperactive pun ada juga. Bila tengok mereka buat 'refresment', saya teruja giler. Hahaha...

Pelajar Lelaki

Pelajar Perampuan

Sedang Be'refreshment'
Hari seterusnya di SK Pesagi, dimana saya menjadi moderator untuk sepanjang program itu

Tengah Menjadi Moderator

Put Your Hands Up

Bersama Adik-Adik

Para Fasilitator

Fasi Yang Terlalu Sukakan Bergambar
Dan yang terakhir sekali, di SK Padang Rumbia sambil disertai legend, Kak Amy atau fb nye, Anakberudu Lapanlima. Agak seronok dan kelakar gak la semasa di sana sebab malam sebelum itu kami membuat BBQ sikit.

Baru Je Tiba

Abg Wan Sedang Menunjukkan Skillnya

Saya dan Rakan-Rakan Memasak

Sedapnya

'Mastermind' Tepung Jadi 'Super Saiyan'

Fasi Bergambar

"Tolong Suapkan Sikit"

Bergambar Bersama

Oh Tidak!!!
Petang itu, kami pulang dengan 'beribu kenangan' dalam diri masing-masing. Itulah sikit sebanyak cerita dari PKM Cabaran Berkayak Sungai Pahang KPT-UMP 2012.


PKM di Felda Wilayah Raja Alias
Pada 6 Julai hingga 9 Julai yang lalu, seramai 37 orang fasilitator menaiki bas bergerak ke wilayah Raja Alias di Negeri Sembilan. Wah, best gler sebab dapat gak jalan-jalan kat negeri ini. Kami bergerak ke SK Palong 8 dimana sekolah tersebut menjadi main place kerana peserta-peserta akan datang menginap dan berprogram disana. Program ini juga disertai pelajar-pelajar baharu diploma yang baru sahaja mendaftar menjadi ahli Kelab In-Smartive UMP. 


Baru + Lama

Orang -Orang Korporat

Geng-Geng Legend
Di dalam program ini, kami semua teruja sebab for the first time, kami handle seramai 200 orang pelajar dalam satu program. Sungguh seronok dan tercabar keimanan kami semua sebab makin ramai makin banyaklah karenah dan ragam. Walaupun ada masalah yang sangat genting dan sakit berlaku tetapi kami sebulat hati saling bahu-membahu
dan akhirnya berjaya melawan tempias-tempias dan serangan-serangan yang agak berbahaya la juga.

Ucapan Perasmian

Abg Zack, Akmal, Kak Umi, Abg Mel Jamil

Para Peserta

Tazkirah

Bersama Abg Helmy
Menunggu Arahan

"Senyum Seindah Suria"

Abg Helmy Memberi Taklimat

Sesi Perkongsian

Bakat Akmal Yang Terpendam

'Anak dan Ayah?'

PM with Legend, Kak Amy

Peserta Lelaki

Peserta Perempuan

"Eh, Kenapa Ini?"
Majlis Penutup

Ucapan Terakhir
*Tunggu sambungan cerita di post yang akan datang...


No comments:

Post a Comment