Friday, 22 June 2012

Lawatan yang menenangkan jiwa

Salam sejahtera semua. Horray! Horray! Horray! Akhirnya setelah 4 bulan memerah keringat dan otak berjuang dalam 'perperangan' yang suci dan dirahmati, tamatlah sudah pengajian bagi sesi 2011/2012. Sementara menunggu pengajian bagi sesi 2012/2013, satu program telah dijalankan oleh kelab In-Smartive tersayang ke negeri Jelapang Padi, Kedah Darul Aman bagi 'mengecas' kembali semua tenaga-tenaga dalaman dan luaran setelah hilang sewaktu sesi pengajian baru-baru ini. Seramai 38 orang telah menyertai yang terdiri dari ahli-ahli kelab yang terpilih melalui satu pemilihan oleh AJK Program. Walaupun seorang peserta iaitu Acap Press tidak dapat menyertai namun kami semua tidak melupakannya dengan sentiasa menyebut namanya di setiap slot program agar suasana disitu sama seperti mana jika dia menyertai program itu.



Bermula dengan aktiviti melawat orang tua di Rumah Seri Kenangan Bedong, Kedah, kami menyelami sendiri perasaan, perangai dan harapan mereka di sana. Pelbagai ragam yang kami lihat dengan mata kami sendiri. Ada yang sambut kedatangan kami dengan gembira dan ada juga yang tidak suka kedatangan kami. Sewaktu kami di sana, kami berjumpa seorang tua berbangsa Cina yang berkomunikasi menggunakan bahasa Inggeris. Pada mulanya, dia menanyakan kami dari mana, tetapi tiba-tiba dia seperti marah kepada kami dan mengatakan kepada kami mengapa kami datang ke situ. Dia menambah lagi, adakah kedatangan kami mampu menyihatkan semula kakinya yang sakit sambil menunjukkan kakinya. Kami rasa sedih bercampur dengan perasaan lain dengan kata-katanya itu. Kami faham kami hanyalah mahasiswa yang berteraskan kejuruteraan, bukannya perubatan namun kami juga terfikir, apakah yang sepatutnya kami lakukan sewaktu di situ. Kami juga kasihan kepada pakcik itu kerana mungkin pakcik itu telah lama menderita serta 'tersiksa' jiwa dan batinnya. Namun, kami jadikan itu sebagai pembakar semangat kami untuk terus belajar dengan lebih tekun. Kami juga sempat makan tengah hari di Sekolah Menengah Sains Sultan Muhamad Jiwa di SP (Sg Petani) sebelum bergerak ke tempat seterusnya iaitu Perusahaan Air Nira Nipah Segar di Yan, Kedah.





Semua dapat merasa nira nipah segar sambil dikelilingi pohon nipah. Ada yang bertambah-tambah air nira sampai kembung perut, ada yang main 'pukul-pukul' dan 'tampar-tampar' dan ada juga yang terkena serangan virus 'selsema'. Macam-macam dunia sekarang ini. Setelah itu, program diteruskan dengan menginap di Pondok Inabah (1), Malaysia, sebuah pusat pemulihan penagih dadah dan akhlak persendirian yang diperakui oleh Agensi Dadah Kebangsaan. Kami menyelami sendiri bagaimana pengetua pondok itu, Al-Mukkarom Pak Guru Hj. Mohd Zuki As Syuja' bin Shafie memulihkan akhlak-akhlak penghuni disitu dengan menggunakan tiga konsep iaitu mandi, solat dan zikir. Satu pengalaman yang tidak dapat saya lupakan walaupun selama dua hari dua malam. Sungguh terharu dan sayu sekali apabila mengalunkan zikir bersama-sama yang lain, terasa diri ini terlalu banyak dengan dosa-dosa. Terima kasih Pak Guru.







Program ini diakhiri dengan lawatan ke rumah Timb. Presiden 1 sambil menikmati jamuan makan tengah hari serta lawatan ke Muzium Padi. Semoga dengan proram seperti ini dapatlah saya dan rakan-rakan sekalian merasai sendiri kehidupan di negeri orang serta mempelajari liku-liku hidup seseorang. Semoga kita berjumpa lagi. As salam dan salam mengundur diri.










No comments:

Post a Comment