As salam dan salam sejahtera wt sume yg pnat2 je klik link blog nie. Hahaha. Thanks for tgk blog yg bru je di'upgrade' kn n dh jdi so simple. Pertama sekali kita hendaklah mengucapkan syukur kpd Tuhan Yang Maha Esa atas pengurniaan nikmat yg x berbelah-bagi kt kita yyg still byak dosa n xreti2 nk insaf atas sume dosa yg dilakukan trmsuklah tuan empunya blog nie. Hai, hanya kerana kerja yg byk serta bertimbun nie menyebabkan kita sume leka dan ambik bende nie sbgai satu perkara yg ringan. Maaf bg sesiapa yg terasa tpi 2 la hakikat yg sedang berlaku. Ustaz Azhar Idrus penah berkata dalm satu ceramah, Islam itu mudah dan tidak pernah pwn menyusahkan pengikut2 nya. Tpi kerana keegoan kita sendiri yg membuatkan setiap prkara yg berkaitan dgn agama menjadi sukar dan adakalnya sangat sukar.
Namun, kita yg masih de lgi nie harus bersyukur atas setiap nikmat yg diberikan oleh Tuhan Yang Maha Penyayang. Dikatakan, jika setiap batang pokok yg terdapat di atas muka bumi ini sebagai batang pena dan seluruh lautan mnjadi dakwat juga tidak mampu untuk menulis setiap nikmat yg dikurniakan oleh Allah S.W.T. Malah, malaikat2 sendiri tidak mampu mengira setiap titisan hujan dari zaman Adam A.S hingga ke Hari Kiamat. Masya Allah! Bertapa besarnya kuasanya Allah S.W.T. Kita di muka bumi ini masih bermegah dgn segala harta, pangkat, taraf namun di mata Allah, kita ini hanya seperti seekor kuman atau lebih kecil dari 2. Allah telah menjanjikan kpd setiap hamba-hambanya dimana jika mereka membuat suatu kebaikan mahupwn sebesar zarah, Allah akan memberikan syurga 10x besar dunia. Bayangkanlah betapa besarnya nikmat tu.
Dan jika di tanyakan apakah antara nikmat yang paling besar di dunia dan di akhirat. Jawabnya, Islam dan Iman ketika di dunia serta melihat zat Allah S.W.T di dalam syurga. Diceritakan, semasa penghuni syurga melihat zat Allah S.W.T, sume nikmat yg terdapat dalam syurga seperti makanan, minuman, bidadari dan bermcam-mcam lgi akan dilupai oleh mereka smbil mngatakan ini adalah perkara yg paling nikmat oleh mereka. Masya Allah! Itulah ganjaran yang menunggu bagi setiap penghuni syurga. Persoalan nya, mampukah kita untuk mengisi syurga itu dgn pahala dan dosa kita masih blum cukup dan byk ini?
Allah Maha Kuasa, makhluk tiada kuasa. Kita kena yakin dgn ini. Tanpa menyakini nya, hidup kita masih bukan dilandasannya. Kita kna yakin hanya Allah yg memberikan kita kenyang, keselamatan, keizinan untuk menggerakkan tuduh badan kita. Kita tidak mampu berbuat apa2 tanpa dgn izinNya. Dgn ini lah, sahabat nabi Khalid al-Walid mampu meminum sebotol racun tanpa mengalami sebarang masalah kesihatan dimana racun tersebut, setitik sahaja mampu nenghakis sebarang bahan pejal. Dgn ini lah juga Saidina Umar al-Khattab mampu mengalirkan sebatang sungai yg tidak pernah mengalir dan kering dalam suatu waktu hanya menggunakan surat yg tertulis bertapa beliau yakin hanya Allah yg mampu mengalirkan sungai itu dan mencampakkan surat itu dalam sungai itu lalu dgn izinNya, sungai itu tiba-tiba mengalir dgn derasnya. Maha Suci Allah!
Marilah kita bersama-sama berdoa agar Islam terus bersinar dan cahayanya menyinari seluruh dunia. Semoga anda dapat manfaat nya dari apa yg sye ingin kongsikn di sni. Segala yang baik datangnya dari Allah S.W.T dan yang buruk juga dari Allah S.W.T tetapi atas kelemahan diri saya yang kurang ilmu, iman dan amal. Jika ada kesilapan, leh je komen di bawah dan mohon ampun dan maaf. Semoga kita brjumpa lagi di masa hadapan. As salam...
No comments:
Post a Comment