Menurut Imam Al-Ghazali, terdapat 20 adab belajar yang digariskan oleh beliau :
Sunday, 30 December 2012
Sunday, 9 December 2012
Kalimah Toyyibah
Daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah S.A.W bersabda, "Sentiasalah memperbaharui iman kamu." Para sahabat bertanya, "Bagaimana kami ingin memperbaharui iman kami,wahai Rasulullah?" Baginda S.A.W bersabda, "Perbanyakkan ucapan La ilaha illallah." (H.R Ahmad)
Dalam satu riwayat, Baginda S.A.W bersabda, "Iman akan lusuh seperti mana pakaian menjadi lusuh. Oleh itu, hendaklah kamu memohon kepada Allah S.W.T supaya Allah memperbaharui iman kamu." Maksud iman menjadi lusuh ialah dengan kemaksiatan yang dilakukan, maka kekuatan iman dan nur iman akan pudar.
Oleh itu, keterangan dalam sebuah hadith bahawa apabila seseorang hamba melakukan kemaksiatan maka lahirlah dihatinya satu titik hitam. Sekiranaya dia bertaubat maka tanda hitam itu akan lenyap, jika tidak titik itu akan terus kekal. Apabila dia melakukan dosa kedua maka lahirlah titik yang kedua dan demikianlah seterusnya sehingga hati menjadi karat dan hitam. Kemudian, keadaan hati itu akan berubah sama sekali sehingga perkataan yang benar tidak lagi akan memberi kesan kepada hatinya.
Diterangkan dalm sebauah hadith, 4 perkara yang akan merosakkan hati manusia ;
- berbahas dengan orang jahil
- melakukan banyak dosa
- banyak bergaul dengan wanita bukan muhram
- sering duduk bersama dengan orang yang mati (orang yang kaya menjadi sombong dengan hartanya)
Antara hikmah apabila membiasakan diri dengan zikir kalimah toyyibah, secara tidak langsung mereka ini telah menanamkan kalimah ini dalam hati mereka (alam bawah sedar manusia). Seseorang yang sedang berada dalam keadaan yang genting atau bahaya, kalimah ini akan muncul dari hatinya secara spontan kerana mereka ini sering kali menyebut kalimat ini dan kalimah ini adalah yang paling akrab dengan mereka. In shaa Allah, apabila sakaratul maut datang menjemput, kalimat ini juga akan muncul dari mulut orang yang sentiasa mengamalkannya. Dengan demikian, janji Allah S.W.T itu sentiasa benar. 'Seseorang yang diakhir hayatnya mengucapkan kalimat "La ilaha illallah", maka wajib syurga keatasnya.'
Wallahualam..
Thursday, 6 December 2012
IMAN
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Marilah kita renung-renungkan.
Situasi pertama : Jika beli sebotol air minuman R.O (Reverse Osmosis) 500ml, cuba lihat berapa harganya? Mesti kita mampu untuk membelinya. Jika botol yang sama diisi dengan air zam-zam, berapa pula harganya? Mesti melonjak naik hingga RM10 sebotol kan? Jika botol yang sama juga diisi dengan madu? Harganya pun sudah mencecah ke RM30-RM50 sebotol. Jika serbuk emas? Jika serbuk berlian? Bayangkan harganya walaupun hanya satu botol yang mempunyai kandungan 500ml sahaja. Dan pandangan kita kepada semua botol ini, yang mana kita akan pandang dahulu? Mestilah berlian dan emas kan?
Situasi Kedua : Cuba fikirkan jika botol yang sama diisi dengan air paip, apa pandangan kita kepadanya? Dan jika botol yang sama diisi dengan air longkang, air kumbahan, air tanah, apa reaksi kita kepadanya? Jika diletakkan di kedai, pasar, supermarket, hypermarket, apa reaksi orang ramai? Siapa yang mahu beli jika produk itu dijual di pasaran. Mesti ramai yang akan menyumpah-nyumpah produk itu bahkan ada yang tidak pandang langsung produk itu.
Untuk pengetahuan, begitulah pandangan Allah S.W.T kepada hati kita. Cuba kita lihat dalam hati kita, apa yang ada dalam hati kita? Harta? Pangkat? Kuasa? Adakah ini akan berkekalan selamanya? Jika kita masih penting perkara-perkara ini, samalah nasib kita dengan situasi kedua. Bayangkan pandangan Allah S.W.T kepada kita. MasyaAllah!!!
Cuba hati kita ini ada kebesaran Allah dan sunnah Rasulullah, In sha Allah, pandangan Allah S.W.T kepada kita seperti situasi pertama, penuh dengan berlian yang berkilau-kilau yang sentiasa dipandang tinggi dan ingin dimiliki oleh setiap orang. Namun, Allah itu Maha Melihat. Allah akan melihat lebih dari itu dari dalam hati kita, segala yang tersirat dan tersurat.
NAMUN, setiap barang yang berharga perlu dijaga dengan rapi dan diletakkan di tempat yang paling selamat agar tidak diambil oleh orang lain. Cuba letakkannya di kaki lima, lima saat lepas itu dah tiada ditempatnya. Jika di letakkan di tengah-tengah orang ramai, berebut-rebut orang kerana ingin memilikinya. Sama seperti iman, harus dijaga dengan baik-baik dengan banyak melakukan sifat-sifat mahmudah, amal-amal soleh agak iman yang ada akan sentiasa menjaga diri kita. Paling senang, dekatkanlah diri dengan masjid agar iman kita boleh disimpan di masjid. Jika asyik mendekati panggung wayang, pusat hiburan, atau lorong-lorong gelap, maka syaitan akan mencuri iman itu dari diri kita dan kita pun akan mula jauh dari agama.
Wallahu alam...

Subscribe to:
Posts (Atom)