Sunday, 14 July 2013

Cintaku pada Yogyakarta

Assalamualaikum. Salam sejahtera.

Selamat menyambut bulan Ramadhan diucapkan kepada semua umat Islam di seluruh Malaysia. Diharapkan dapat berpuasa penuh hendaknya. Sebenarnya, saya baru sahaja pulang dari satu program antrabangsa di DIY (Daerah Istimewa Yogyakarta), Republik Indonesia. Nak tahu apa yang saya buat sepanjang lima hari disana? Ayuh kita jengah.

Pukul 4.30 pagi, kami seramai 23 orang dari kelab In-Smartive UMP tiba di LCCT (Low Cost Carrier Terminal) di KLIA, Sepang sebelum Check-In pada jam 7.30 pagi. Walaupun masih awal pagi namun sudah ramai orang pada jam itu. First time sampai disitu, memang jakun la sekejap. Pesawat kami pada jam 9.45 pagi waktu Malaysia, menaiki pesawat AirAsia ke Yogyakarta.

Sibuk dengan laptop masing-masing

Sepanjang perjalanan kami ke pesawat

Antara menu yang disediakan dalam pesawat

Yogyakarta, Republik Indonesia
Setibanya disana, kami disambut oleh pihak UTY (Universitas Teknologi Yogyakarta) di Bandara Internasional Adisutjipto, Yogyakarta. Walaupun terdapat masalah teknikal iaitu bagasi tidak dapat dikesan, namun program tetap diteruskan juga. Kami telah berkumpul di Kampus 1 UTY di Jombor, Sleman untuk majlis pembukaan sebelum dibahagikan kepada beberapa keluarga di tempat yang bakal menjadi tempat berprogram kami. Tempat tersebut di Dusun Ngepring, Desa Purwobinangun, Pakem, Kabupaten Sleman, Daerah Istimewa Yogyakarta, Republik Indonesia. Hahaha, panjang sungguh namanya. Selama kami disana, banyak perkara yang kami buat.

Pintu gerbang Bandara

Bergambar sebelum berprogram

Pak Helmy bersama Pak Rahmat dan Pak Eko

Makan malam di rumah keluarga angkatku

Sesi memerah susu sapi pada waktu pagi

Sebelum berjalan-jalan sekitar Dusun Ngepring

Peserta dari Malaysia

Satu keluarga angkat

Satu-satu permainan di Dusun Ngepring, 'Volleyball'

Selepas sesi 'dibelasah' dalam volleyball

Bersama pemuda-pemuda Dusun Ngepring

Banner program dari pihak In-Smartive UMP

Sesi pertukaran masakan

Hasil kraftangan Acap

Satu lagi hasil yang unik

Mampu buat riben di kepala sahaja

Majlis perpisahan di Dusun Ngepring

Makanan malam di majlis itu

Bergambar kenang-kenangan

Sebut 'PIZZA!!!'

Keluarga angkatku

Makan pagi terakhir di rumah keluarga angkat

Dusun Ngepring

Peta Dusun Ngepring

Bas parawisata

Bergambar sebelum pulang

Dalam perjalanan
Setelah tiga hari di Dusun Ngepring, kami pun bergerak turun dari dusun itu dan bergerak ke kawasan wisata Borobudur.
Kawasan pintu masuk ke wisata Borobudur

Dalam kawasan wisata Borobudur

Sebelum ke candi

Kami di candi Borobudur

Berlatarbelakangkan dinding candi

Asyik mendengar sejarah

Bergambar di suatu sudut

Candi di tingkat atas

Inilah kami

Pemandangan dari tingkat atas

Aku dan stupa candi

Bersama teman-teman dari UTY

Hebatnya mereka

Hotel kami menginap
Juga, kami sempat berkunjung ke SMA (Sekolah Menengah Atas) Muhammadiyah 1, Yogyakarta dan Panti Asuhan Putri Yatim 'Aisyiyah.

Pintu masuk

Selamat datang

Alunan ayat-ayat suci Al-Quran

Hati rasa tenang bila mendengar adik-adik ini mengalunkan suara

Sumbangan dari UMP


Sumbangan dari UTY

Kami telah sampai ke sini

Bersama penghuni panti asuhan ini

Sekitar kawasan SMA Muhammadiah 1

Pelan bangunan

Kami juga telah tiba disini

SMA Muhammadiyah 1, Yogyakarta 
Tak sah kalau ke Yogyakarta namun tidak singgah ke tempat terkenal di sini iaitu Jalan Malioboro dan Keraton Ngayogyakarta Hadiningrat. Kami berkunjung ke keraton atau dalam bahasa Malaysia, istana sultan. Apa yang menarik, Yogyakarta adalah antara tiga negeri istimewa di Indonesia yang masih mengamalkan sistem beraja dan istana itu boleh dilawati meskipun ada raja didalam istana itu. Wow, jom tengok.


Di pintu masuk

Sugeng Rawuk

Di pintu masuk ke istana

Pak Helmy dan pintu masuk

Dalam istana

Pemandangan dalam istana

Dalam istana

Dalam istana

Golongan Abdi-Dalem




Tempat santapan raja

Jualan baju di tepi jalan
Juga, kami sempat berkunjung ke Universitas Gadjah Mada (UGM) tapi ke masjid sahaja. Namun, seni binanya sanagt menarik perhatian kami dimana masjid itu tanpa dinding yang hanya disokong oleh tiang-tiang besar menyebabkan masjid itu sentiasa sejuk apabila ditiup angin. Sangat best. Kami juga ke Jalan Malioboro iaitu bagi saya, gedung jualan murah. Sangat murah harganya disini, dari Rp12000 (RM4), anda sudah boleh dapatkan t-shirt Jogja dan yang paling elok kualiti kain serta paling banyak dijual t-shirt iaitu sekitar Rp30000 (RM10) dan ke atas. Sangat banyak jualan baju sehingga saya sendiri tidak tahu ingin beli baju dimana. Bukan setakat t-shirt, Yogyakarta terkenal dengan kain batiknya. Jadi, saya dapat membeli 12 t-shirt, 1 baju batik untuk ibu saya, satu set telekung berkain sejuk, satu kain pelikat, dua beg yang diperbuat dari batik serta sedikit keychain.


Tempat makan siang

Sekitar jualan T-Shirt

Pelbagai pilihan baju

Ada juga jual manisan

Hasil pembelian mereka

Nasi pecel bersama es teh dan es jeruk

Di hadapan masjid UGM

Pemandangan masjid UGM

Melihat baju ini menjadi rambang mata sekejap

Namun, setiap pertemuan pasti ada perpisahan juga. Terasa berat dihati ingin meninggalkan dunia Yogyakarta. 5 hari bagi kami terlalu singkat seperti baru sahaja tiba ke bandar istimewa itu. Oleh itu, UTY telah mengadakan satu 'dinner farewell' yang saya rasa antara majlis yang paling santai yang pernah saya sertai.


Saya sebelum majlis

Ucapan Pak Helmy

Sekitar majlis berlangsung

Firman, Muzaidi, Zakwan, Edi

Kaum Hawa yang sertai program ini

Sedapnya makanan

Meja VIP

Antara persembahan di majlis itu

Persembahan khas dari Malaysia

Juga, refershment 'Generasiku'

Inilah penghibur malam itu, Band Pak Anjar

Bersama Mas Dori, ketua program sepanjang kami disini

Geng-geng muslimah yang garang

Ucapan khas dari Umie

Ucapan khas dari Mel Jamil

Semoga ketemu lagi

Pak Helmy, Mas Dori bersama Bu Tri, Pak Rahmat, Pak Eko

Inilah kami, UTY-UMP
Saya sebak malam itu mengenangkan sangat sukar untuk bertemu mereka kembali. Adakah saya mampu ke sana lagi? Saya berdoa semoga dapat kembali ke sana bertemu mereka kembali. Terus terang saya beritahu, keramahan mereka sangat hebat dan terbaik. Seperti saya sudah kembali ke pangkuan keluarga semasa di Dusun Ngepring. Mereka tak pernah merungut sedikit pun. Sentiasa memberi. Hebatnya penduduk di Dusun Ngepring dan Yogyakarta itu sendiri. Terima kasih kepada semua atas layanan anda yang sangat mengagumkan. 


Perjumpaan bersama Rektor UTY

Pak Rektor

Sesi perbincangan

Tak sangka program ini mendapat perhatian pihak media di sana

Bergambar bersama Rektor UTY